Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Akan Dilengkapi Pembesar Suara Stereo Harman

Samsung mengambil alih Harman International Industries bulan lalu. Pembelian dilakukan bagi mengambil alih teknologi  peranti berhubung di dalam penghasilan kenderaan pemanduan automatik. Tetapi pada waktu yang sama Samsung kini sekaligus boleh menggunakan kepakaran audio Harman Kardon pada peranti pintar keluaran mereka.

galaxy-s8-logoUra-ura terkini mengatakan Samsung Galaxy S8 mungkin dilengkapi sistem pembesar suara stereo berteknologi Harman Kardon. Penggunaan teknologi dirasakan perlu kerana pesaing terhampir mereka iPhone 7 sudah dilengkapi sistem pembesar suara stereo. Untuk bersaing mereka tiada pilihan selain mengikuti kehendak pengguna semasa. Aneh sekali HTC yang menjadi pelopor sistem audio stereo pada bahagian hadapan tidak lagi menyokongnya.

Pada tahun 2017 kami berharap penggunaan cip DAC serta pembesar suara suara stereo perlu wujud pada peranti utama. Kemampuan audio yang hanya sederhana pada S7 Edge adalah antara kelemahan yang perlu diperbaiki.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Akan Dilengkapi Pembesar Suara Stereo Harman"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info