Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi Nintendo Switch Tertiris Dan Kurang Berkuasa Berbanding PlayStation 4 Dan Xbox One

Biasanya apabila konsol baru dilancarkan, ia lebih berkuasa berbanding konsol lain di pasaran. PlayStation 4 Pro misalnya lebih berkuasa berbanding PlayStation 4 biasa. Spesifikasi untuk konsol 2 dalam 1 Nintendo Switch tertiris dan nampaknya kurang berkuasa berbanding konsol pesaing lain seperti Xbox One.

 

Menurut Digital Foundry Switch dilengkapi pemproses Nvidia Tegra X1. Apabila bercantum dengan dok sambungan televisyen, GPU Switch akan berfungsi pada kelajuan 768 MHz. Sekiranya ditanggalkan, kelajuan akan diturunkan 60% ke 307.2 MHz. Ini dilakukan bagi mengurangkan penggunaan bateri dan haba yang terhasil. Skrin terbina sebesar 6.2″ Switch dipercayai mempunyai resolusi 720P sahaja. Oleh sebab itu kuasa memproses yang tinggi di dalam mod mudah alih tidak diperlukan. Cip Nvidia Tegra X1 mempunyai kuasa memproses 1 teraflops. Ini jauh di belakang Project Scorpio (6 teraflops), PS4 Pro (4.2 teraflops), PS4 (1.8 teraflops) dan Xbox One (1.3 teraflops).

Secara teorinya setiap permainan Switch akan mempunyai dua tetapan. Satu tetapan berkuasa tinggi dan satu tetapan untuk mod mudah alih. Ini tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Sony untuk permainan PlayStation 4 Pro dan PlayStation 4. Nintendo tidak pernah terkenal dengan konsol yang paling berkuasa di pasaran.

Mereka telah membuktikan grafik bukan segalanya sebelum ini. Jualan Nintendo Wii yang dianggap tidak berkuasa adalah lebih tinggi berbanding PlayStation 3 dan Xbox 360. Adakah Switch akan berjaya seperti Wii? Adakah konsol hibrid ini masa depan dunia konsol?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Spesifikasi Nintendo Switch Tertiris Dan Kurang Berkuasa Berbanding PlayStation 4 Dan Xbox One"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info