Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Hadir Dengan Teaser Untuk F1S

Oppo F1 dilancarkan di Malaysia Januari lalu dan ia peranti yang mengutamakan kemampuan kamera selfie yang tinggi. Ia dijual menggunakan motto “selfie expert” dan kemudian diikuti pula oleh F1 Plus yang mempunyai kamera hadapan sebesar  16 Megapixel. F1 Plus unik bagi kami kerana mempunyai kamera selfie lebih besar berbanding kamera belakang yang hanya sebesar 13 Megapixel.

Oppo F1S teaser 2Hari ini Oppo memperlihatkan teaser untuk Oppo F1S. Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti ini tetapi kami difahamkan ia akan mengutamakan kemampuan kamera yang baik berbanding peranti Oppo yang lain. Ia berkemungkinan besar dilancarkan secara rasmi bulan hadapan. Dengan penekanan terhadap kemampuan kamera, terdapat kemungkinan F1S akan dilengkapi sistem penstabilan imej 6 paksi Oppo SmartSensor seperti yang diperlihatkan di MWC Februari yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo Hadir Dengan Teaser Untuk F1S"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info