Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skype Menguji Aplikasi Berbentuk Hab Komunikasi – Termasuk Untuk Panggilan Telefon Dan SMS

Skype merupakan salah satu perkhidmatan yang dimiliki oleh Microsoft, dan terkenal dengan sokongan panggilan video, audio dan juga teks. Kini, selain penawaran itu sahaja, Skype dilihat ingin menguruskan komunikasi seseorang secara keseluruhannya.

Diuji di Android, Skype kini menawarkan sebuah aplikasi pada peringkat alpha, dinamakan sebagai Skype Mingo. Melaluinya, ia ingin menjadi hab komunikasi, menawarkan sokongan panggilan telefon, SMS, dan pengurusan buku alamat.

Skype Mingo

Selain daripada itu, Skype Mingo ini juga turut menawarkan sokongan panggilan Skype yang dikuasakan oleh internet. Ini sekaligus turut menawarkan akses kepada bot Skype untuk beberapa tugasan dan perkhidmatan pihak ketiga.

Memandangkan ia masih pada peringkat pembangunan awal, Skype Mingo ini boleh digunakan di beberapa buah negara sahaja. Malangnya, ia masih belum boleh dimuat-turun di Malaysia buat masa ini.

Muat-Turun Skype Mingo di Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Skype Menguji Aplikasi Berbentuk Hab Komunikasi – Termasuk Untuk Panggilan Telefon Dan SMS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info