Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebanyak 2.7 Juta Samsung Galaxy Note 7 Telah Dipulangkan Setakat Ini

Masalah yang melanda Galaxy Note 7 memang diketahui umum dan pengguna disarankan supaya memulangkannya secepat mungkin atas faktor keselamatan. Sungguhpun begitu masih ramai pelanggan yang enggan memulangkannya kerana tiada peranti lain di pasaran yang setanding dengan kemampuannya. Ini memaksa Samsung Amerika Syarikat untuk mengeluarkan kemas kini yang menghalang peranti dari dicas.

Samsung Galaxy Note 7

Menurut Samsung lebih daripada 2.7 Juta peranti telahpun dipulangkan setakat ini. Masih terdapat banyak peranti belum dipulangkan kerana sebanyak 3.06 Juta Note 7 berjaya dijual. Di Korea Selatan jumlah pulangan adalah sekitar 80% manakala di Amerika Syarikat ia mencecah 90%. Tiada angka tentang jumlah pulangan di Malaysia. Adakah anda mengenali sesiapa yang masih bertegas menggunakan Note 7?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sebanyak 2.7 Juta Samsung Galaxy Note 7 Telah Dipulangkan Setakat Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info