Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honda Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Grab, perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan pemanduan ke sesuatu destinasi, hari ini menambah satu lagi pelabur baru, iaitu pengeluar kereta terkemuka dari Jepun, Honda. Nilai pelaburan spesifik yang dilakukan oleh Honda tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Buat peringkat awal, kerjasama strategik ini akan melibatkan arena motosikal. Seperti ramai sedia maklum, Grab menawarkan perkhidmatan teksi-motosikal di Indonesia, dan melalui kerjasama strategik, Honda boleh menjual motosikal kepada penunggang Grab.

Disamping itu, Honda dan Grab juga akan bekerjasama dalam pelbagai inisiatif yang menambah kelebihan dan membantu penunggan dan pembonceng GrabBike.

Tidak mustahil juga kita melihat kerjasama ini turut diperluaskan ke arena kereta – satu lagi kepakaran Honda, yang mana termasuk ujian kereta yang dipandu secara autonomi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honda Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info