Xiaomi Mi Pad 3 dijangka dilancarkan 30 Disember hadapan. Seperti kebiasaan peranti zaman sekarang, rekaan dan spesifikasi tablet Windows 10 ini tertiris lebih awal. Ia akan dilengkapi skrin 9.7″ dengan resolusi 2048 x 1536 pixel. Ini bersamaan dengan saiz skrin serta resolusi sebuah iPad Pro 9.7″.
Tablet ini diperkasakan oleh pemproses Intel Core m3-7Y30 generasi ke-tujuh, RAM sebesar 8 Gigabyte dan storan 129/256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 16-Megapixel dan kamera selfie 8-Megapixel. Bateri sebesar 8290 mAh disertakan dengan sistem pengecasan menggunakan USB-C.
Harga jualan pula ialah RMB 1999 (~RM 1290) untuk versi 128 Gigabyte dan RMB 2299 (~RM 1500) untuk versi 256 Gigabyte. Xiaomi turut menghasilkan aksesori papan kekunci fiizjal boleh tanggal yang dijual berasingan pada harga RMB 99 (~RM 64).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Xiaomi Mi Pad 3 Tertiris"