Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Loom.Ai Menghasilkan Avatar 3D Dengan Menggunakan Gambar Dua Dimensi

Sistem imbasan muka digunakan untuk menghasilkan model 3D di dalam permainan seperti FIFA 17 dan WWE Raw. Sistem imbasan ini dijual pada harga yang mahal dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh kebanyakan pengguna. Loom.Ai ialah perkhidmatan yang menghasilkan model 3D dengan hanya berdasarkan gambar selfie pengguna.

Perkhidmatan ini dibangunkan oleh Mahesh Ramasubramanian dan Kiran Bhat yang sebelum ini bertugas di Dreamworks dan Lucasfilm. . Kepakaran yang dipelajari menghasilkan watak 3D untuk filem kini digunakan untuk menghasilkan avatar untuk kegunaan di media sosial. Syarikat ini ingin melesenkan teknologi mereka kepada Facebook. Di masa hadapan mungkin kita boleh melihat avatar tiga dimensi yang realistik digunakan di dalam aplikasi Oculus Rift yang sedang dibangunkan oleh Facebook.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Loom.Ai Menghasilkan Avatar 3D Dengan Menggunakan Gambar Dua Dimensi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info