Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lazada Merancang Untuk Menawarkan Barangan Runcit Pada Pertengahan Kedua 2017

Baru-baru ini, Lazada telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan yang menjual barangan runcit di Singapura, iaitu Redmart. Pada 2017 kelak, Lazada dilihat ingin lebih memfokuskan kepada pasaran barangan runcit ini, dan pada masa yang sama bersedia untuk bersaing dengan Amazon yang turut dijangka memasuki pasaran Asia Tenggara.

Lazada mengatakan mereka merancang untuk mula menjual barangan runcit di bandar utama Malaysia, Indonesia, atau Thailand seawal pertengahan kedua 2017 kelak.

Redmart buat masa ini berfungsi di Singapura sahaja. Ia mempunyai lebih 150 trak yang menghantar sekitar 22 jenis barangan yang terdiri daripada coklat sehinggalah makanan sejuk beku. Lazada merancang untuk mengurangkan masa penghantaran daripada sehari kepada sekitar 4 ke 6 jam dalam pertengahan pertama 2017 di Singapura. Menjelang pertengahan kedua 2017, syarikat mereka dijangka menawarkan perkhidmatan ekspress yang boleh menghantar barangan runcit sekitar antara sejam dua selepas tempahan atas-talian.

Barangan runcit meliputi sekitar 60% daripada jualan di rantau Asia Tenggara, dan boleh dikatakan antara yang mencabar untuk dibuat secara atas-talian.

Disamping itu, Lazada yang kini dibawah Alibaba sedang membangunkan sistem khusus yang membolehkan penghantaran barangan di rantau Asia Tenggara daripada penjual dari negara-negara lain.

Lazada buat masa ini beroperasi di enam buah negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Vietnam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Merancang Untuk Menawarkan Barangan Runcit Pada Pertengahan Kedua 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info