Apple iPhone 7 dan 7 Plus ialah antara peranti terbaik dihasilkan sepanjang 2016. Ia membawakan ketahanan bateri yang paling lama dengan rekaan ikonik yang selesa dipegang di dalam tangan. Kekurangan paling nyata iPhone 7 dan 7 Plus ialah ia masih belum menyokong pengecasan pantas dan tanpa wayar tidak seperti pesaing terhampir mereka.
Sekiranya pengecasan tanpa wayar adalah perlu bagi anda, kerangka bateri tambahan oleh Mophie ialah produk yang dinantikan. Mophie Juice Pack Air mempunyai bateri tambahan 2525 mAh untuk iPhone 7 dan 2420 mAh untuk iPhone 7 Plus. Masing-masing menjanjikan penambahan hayat penggunaan batreri selama 27 dan 33 jam. Kerangka ini menyokong pengecasan menerusi format Qi dan boleh dibeli pada harga $99.95 (~RM 444) sebuah,.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerangka Bateri Mophie Membawakan Pengecasan Tanpa Wayar Kepada iPhone 7"