Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini MacOS Sierra 10.12.2 Membuang Penyata Hayat Bateri Kerana Didakwa Kurang Tepat

Kemas kini MacOS Sierra 10.12.2 boleh dimuat turun semalam. Dengan kemas kini ini beberapa masalah seperti penggunaan bateri yang tinggi seperti yang menjadi keluhan beberapa pengguna MacBook Pro 2012 baru-baru ini. Pada waktu yang sama kemas kini ini membuang fungsi penyata hayat bateri yang digunakan pengguna untuk mengetahui berapa lamakah MacBook mereka boleh bertahan.

Menurut laporan The Loop, fungsi ini dinyahaktifkan kerana didakwa tidak memberikan perkiraan hayat bateri yang tepat. Pemilik MacBook hanya perlu berpuas hati dengan penyata peratusan bateri untuk mencongak berapa lama komputer riba boleh berfungsi.

Kemas kini ini juga akan memastikan hayat purata penggunaan MacBook Pro 2016 mencecah 10 jam. Apple telah melakukan pelbagai ujian untuk memastikan hayat penggunaan minima ini dicapai. Antara sebab terdapat pengguna merungut hayat bateri yang rendah ialah kerana menggunakan program yang belum dioptimasikan untuk komputer riba baru ini. Akibatnya GPU terbina diaktifkan sepanjang masa sedangkan ia sepatutnya hanya diaktifkan apabila memerlukan tugas grafik yang berat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini MacOS Sierra 10.12.2 Membuang Penyata Hayat Bateri Kerana Didakwa Kurang Tepat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info