Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P9 Dan Mate 8 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat

Huawei Mate 9 ialah peranti pertama Huawei yang menggunakan Android Nougat. Kemas kini membawa beberapa fungsi baru seperti sokongan untuk menggunakan talam aplikasi dan split view secara natif. Huawei P9 dan Mate 8 ialah antara peranti yang sah akan menerima kemas kini ke Nougat tetapi dipercayai hanya akan hadir tahun hadapan.

Android NougatDi China lain pula ceritanya kerana pengguna dua peranti ini sudah menerima kemas kini sejak semalam. Bagi pemilik peranti di luar  China, anda masih perlu menanti lebih lama kerana kemas kini diberikan secara berperingkat. Ini sebenarnya berita baik bagi pemilik peranti Huawei.

Hanya beberapa tahun sahaja yang lalu menerima kemas kini dari mereka adalah seperti menanti kucing bertanduk. Selagi dengan impian menjadi pengeluar peranti nombor dua di dunia dalam masa terdekat, pemberian kemas kini yang pantas harus menjadi agenda utama mereka.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei P9 Dan Mate 8 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info