Oktober lalu Digi mengemaskini penawaran tiga pelan pascabayar Digi Postpaid mereka. Lebih banyak kuota data ditawarkan kepada pengguna pada harga yang sama. Perang harga yang berlangsung di antara syarikat telekomunikasi sejak kebelakangan ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan. Digi sekali lagi mengemaskini penawaran pelan pasca bayar mereka.
Pelan Digi Postpaid110 kini menawarkan kuota data 25 Gigabyte dengan kuota Internet 4G tanpa had pada hujung minggu. Pelanggan bebas melakukan apa sahaja dengan data yang ditawarkan tanpa perlu risau ia memakan kuota penggunaan bulanan mereka.
Sebelum ini pelan yang sama menawarkan kuota 40 Gigabyte dengan 20 Gigabyte kuota Internet 4G untuk setiap hujung minggu. Panggilan suara tanpa had masih ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman Digi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Postpaid 110 Kini Menawarkan Kuota Internet Tanpa Had Pada Hujung Minggu"