Ingatkah lagi dengan aplikasi Hifz daripada pembangun tempatan yang ingin memudahkan anda menghafal al-Quran. Kini, pembangun sama turut hadir dengan sebuah lagi aplikasi baru, yang dinamakan sebagai Baqarah. Seperti Hifz sebelum ini, Baqarah turut ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna iPhone sahaja.
Melalui Baqarah, ia ingin memudahkan pengguna memahami perkataan arab yang digunakan dalam al-Quran – satu perkataan sehari. Ia menggunakan konsep dimana pengguna hanya perlu menghafal sekitar satu perkataan sehari dari surah al-Baqarah – dan dalam masa 300 hari, pengguna akan memahami sekitar 70% daripada perkataan yang digunakan dalam al-Quran.
Menggunakan aplikasi ini, selepas mengajar pengguna dengan perkataan bahasa arab, ia juga akan menawarkan sebuah kuiz ringkas untuk menguji pehamaman pengguna.
Aplikasi ini ditawarkan secara berbayar, dan boleh didapati daripada AppStore pada harga RM19.90.
Muat-Turun Baqarah untuk iOS
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Baqarah Ingin Memudahkan Anda Memahami Ayat Al-Quran"