Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AngelList Membeli Product Hunt – Perkahwinan Dua Laman Yang Dicintai Di Silicon Valley

AngelList, salah satu laman web popular untuk syarikat startup teknologi muda mengumpulkan dana daripada para pelabur, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih laman Product Hunt. Bagi yang tidak mengenalinya, Product Hunt merupakan salah satu laman yang dituju mereka dalam arena usahawan digital untuk mengetahui pelbagai aplikasi baru.

Product Hunt

Ketua Pegawai Eksekutif AngelList, Naval Ravikant mengatakan transaksi ini melibatkan kombinasi wang tunai juga saham, tetapi beliau dan juga pengasas Product Hunt, Ryan Hoover tidak berkongsi mengenai harga atau nilai transaksi ini. Ravikant mengatakan penyatuan ini akan membuatkan AngelList bukan sahaja laman untuk mencari dana, tetapi juga “laman terbaik untuk melancarkan produk dan mendapatkan pelanggan awal”.

AngelList sendiri telah diasaskan pada 2010, tetapi laman berkenaan mula menjadi perhatian selepas beberapa tahun disebabkan oleh perubahan landskap dan juga peraturan berkaitan pelaburan. Laman berkenaan kebiasaannya mengambil 5% keuntungan daripada sebarang transasksi yang terhasil melalui laman berkenaan. AngelList juga turut mempunyai halaman khusus untuk pencarian kerja.

Product Hunt pula telah dilancarkan oleh Ryan Hoover pada 2013. Laman berkenaan dan juga newsletter daripadanya memaparkan pelbagai perisian, perkhidmatan internet, dan membolehkan pengasas produk dan perkhidmatan berkenaan menerima maklumbalas daripada pengguna awal.

Layari : Product Hunt



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "AngelList Membeli Product Hunt – Perkahwinan Dua Laman Yang Dicintai Di Silicon Valley"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info