Samsung Galaxy S7 Edge masih lagi baru dipasaran Malaysia dan ura-ura mengenai Note 6 sudahpun mula didengari. Seperti tahun-tahun sebelumnya, peranti keluarga Note biasanya akan mengambil spesifikasi peranti Galaxy dan diberikan beberapa penambahbaikan. Sebuah gambar dari aplikasi CPU-Z tertiris dan didakwa menunjukkan spesifikasi Samsung Galaxy Note 6 yang kini sedang diuji.
Tidak mengejutkan pemproses Exynos 8890 S7 Edge digunakan semula. Yang mengejutkan ialah jumlah RAM yang kini mencecah 6 Gigabyte. Ini adalah setanding dengan RAM pada peranti Vivo Xplay 5 yang diperlihatkan Mac lalu. Skrin kini sebesar 5.77 inci dengan resolusi QHD. Ini adalah peningkatan dari saiz skrin 5.7 inci sebelum ini. Peranti juga dikatakan akan mempunyai ketahanan air dan debu seperti S7 serta dilengkapi bateri sebesar 3700 mAh. Sejauh mana kebenaran imej yang tertiris ini hanya akan kita ketahui apabila Note 6 dilancarkan sekitar bulan Ogos hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifkasi Galaxy Note 6 Tertiris Dilengkapi RAM Sebesar 6 Gigabyte"