Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Wajah Mirip Manny Pacquiao, Penoreh Getah Dari Sabah Jadi 'Selebriti'

Seorang penoreh getah di sini hidup bagaikan selebriti di kampungnya kerana memiliki wajah mirip petinju dari Filipina, Manny Pacquiao.

Aloysius Taidin

Aloysius Taidin, 43, dari Kampung Kabatang Baru, Sook berkata, dia mula menyedari perkara itu enam tahun lalu apabila ditegur oleh seorang lelaki di pekan Sook.

“Saya tidak mengenali orang itu tetapi dia terus menerus memanggil saya dengan nama Manny Pacquiao.

“Dia kemudian mengajak saya minum dan kami berborak panjang mengenai petinju tersebut yang dikatakan mirip muka saya,” ceritanya.

Peminat sukan kickboxing itu memberitahu, dia kemudian mula mencari gambar-gambar Pacquiao dan akan tersenyum setiap kali menatapnya.

“Wajah kami hampir sama dan ramai yang mengatakan senyuman, mata dan bentuk muka kami sangat seiras. Cuma tubuh saya lebih kecil dan rendah berbanding Pacquiao.

“Rasa lucu pula apabila rakan-rakan kampung turut memanggil saya dengan nama Pac­quiao,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Manny Pacquiao

Tambahnya, dia mengagumi kehebatan petinju itu apabila melihatnya bertarung di gelanggang melalui televisyen sekitar enam tahun lalu.

“Kalau diberi peluang, saya ingin bertemu petinju itu. Namun buat masa ini, saya hanya akan meneruskan rutin harian sebagai penoreh getah untuk me­nyara keluarga,” katanya.

BACA INI JUGA: Isao Machii, Samurai Yang Mampu Membelah Peluru!

Sumber: Kosmo



Banyak lagi menarik FB kami

https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wajah Mirip Manny Pacquiao, Penoreh Getah Dari Sabah Jadi 'Selebriti'"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info