Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Xiaomi Mi 5C Peranti Pertama Menggunakan Pemproses Pinecone Buatan Sendiri

Samsung menghasilkan pemproses Exynos. Apple pula dengan pemproses siri A dan Huawei dengan HiSilicon Kirin. Kini tiba giliran Xiaomi pula untuk menggunakan pemproses buatan sendiri. Berita penghasilan pemproses sendiri ini telahpun kami laporkan sejak tahun lalu. Spesifikasi Xiaomi Mi 5C tertiris dan ia didapati menggunakan pemproses baru Pinecone.

xiaomi-mi-5c-tirisPemproses lapan teras 2.2 GHz ini mempunyai lapan cip Cortex A53. Tiada maklumat mengenai cip grafik yang bakal digunakan. Spesifikasi lain yang diketahui ialah skrin 5.5″ HD penuh, RAM 3 Gigabyte  dan storan 64 Gigabyte. Kamera utama sebesar 12-Megapixel dan kamera selfie 8-Megapixel. Android Marshmallow dengan pelancar MIUI8 turut akan digunakan. Mi 5C dijangka dilancarkan bulan hadapan dan dijula pada harga mampu milik sekitar RMB 999 (~RM650).

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Xiaomi Mi 5C Peranti Pertama Menggunakan Pemproses Pinecone Buatan Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info