Sempena ulang tahun mereka yang ke-30 , Ubisoft akan menawarkan satu hadiah percuma sehari selama 30 hari bermula hari ini sehingga 25 Disember Pemilik akaun Uplay akan diberikan peluang memuat turun permainan, tema dan pelbagai barangan lain sempena sambutan ulang tahun dan juga Hari Natal yang bakal menjelang.
Mereka turut akan memberikan 300 salinan permainan terkini kepada pelanggan yang terpantas. Antara permainan yang akan diberikan percuma ialah Rayman Classic untuk peranti pintar. Senarai keseluruhan hadiah masih lagi misteri dan pengguna Uplay perlu ke blog Ubisoft untuk melihat tawaran yang bakal diberikan setiap hari.
Seperti kami laporkan sebelum ini, beberapa hari yang lalu mereka sudahpun memberikan Farcry Blood Dragon secara percuma. Kepada yang mahukan permainan percuma ini ialah tawaran yang tidak boleh dilepaskan,
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubisoft Menawarkan 30 Hadiah Sempena Menyambut Ulang Tahun Dan Hari Natal"