Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telebuzz Ingin Memudahkan Anda Hadir Dengan Bot Telegram Tersendiri

Pada tahun ini, bot telah menjadi salah satu perbualan hangat, malah pelbagai perkhidmatan permesejan telah menyokong bot, termasuk Telegram, Facebook Messenger, Skype dan sebagainya. Perkara ini turut membuatkan pelbagai perkhidmatan hadir dalam membantu para pengguna umum mahupun pembangun membangunkan bot mereka tersendiri.

Telebuzz

Terkini, salah satu perkhidmatan yang hadir daripada pembangun tempatan dalam usaha memudahkan pengguna membangunkan bot Telegram tersendiri adalah Telebuzz.

Melalui Telebuzz, pengguna akan perlu mendaftarkan akaun percuma, dan akan disediakan dengan sebuah dashboard khusus dalam menguruskan pembangunan bot dengan mudah. Ia berfungsi lebih kurang seperti perkhidmatan membangunkan bot lain di pasaran, dimana pengguna perlu menghubungkan dengan Telegram melalui token akses, dan kemudian menetapkan mesej-mesej berdasarkan kata kunci dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh cuba membangunkan bot Telegram anda tersendiri secara percuma menggunakan platform Telebuzz hari ini.

Telebuzz

Layari : Telebuzz



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Telebuzz Ingin Memudahkan Anda Hadir Dengan Bot Telegram Tersendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info