Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di New Zealand Akan Dihentikan Bermula 18 November

Tidak banyak peranti di pasaran mempunyai skrin yang besar dengan stylus terbina. Oleh itu tidak mengejutkan masih ramai pemilik Samsung Galaxy Note 7 enggan memulangkan semula peranti mereka walaupun ditawarkan peranti gantian. Di Eropah terdapat laporan mengatakan hanya 57% pemilik memulangkan phablet yang mempunyai masalah letupan setakat ini. Bagi memaksa pengguna memulangkannya di New Zealand, sokongan selular akan dihentikan bermula 18 November ini.

Notis berkenaan penghentian sokongan selular ini dimuat naik Samsung New Zealand semalam. Selepas tarikh tersebut peranti tidak akan mampu menerima sebarang panggilan, mesej atau sambungan internet secara selular. Dengan tindakan drastik ini Samsung berharap kesemua Note 7 yang masih digunakan akan terpaksa juga dipulangkan oleh pemilik yang degil.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sokongan Selular Untuk Galaxy Note 7 Di New Zealand Akan Dihentikan Bermula 18 November"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info