Demam Star Wars akan meningkat bulan hadapan dengan penayangan filem Star Wars Rogue One. Sempena penayangan filem ini, Sharp menghasilkan peranti edisi khas Star Wars dengan dua pilihan warna. Warna merah untuk Dark Side dan putih untuk Light Side.
Peranti mempunyai skrin 5.3″ IGZO HD penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 22.6-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Selain rekaan bertemakan Star Wars, peranti ini turut dilengkapi antaramuka, emoji, gambar latar belakang, permainan dan filem The Force Awakens Star Wars. Tawaran hanya diberikan kepada pelanggan Softbank dan ia dijual pada harga Yen 97920 (~RM 3866) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Menghasilkan Peranti Edisi Khas Star Wars"