Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Saiz Kemaskini Utama Windows 10 Akan Lebih Kecil Selepas Ini

Setiap kali kemaskini utama Windows dikeluarkan, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah saiznya yang sangat besar. Kini, Microsoft mula memberikan penekanan kepadanya, dan mula menguji saiz kemaskini yang lebih kecil melalui penggunaan Unified Update Platform.

Melaluinya, Microsoft mengatakan mereka mempunyai teknologi untuk hanya menawarkan kemaskini perubahan atau penambahan fungsi baru sahaja, sekaligus menjadikan fail kemaskini lebih kecil daripada keperluan memerlukan memuat-turun keseluruhan kemaskini seperti sebelum-sebelum ini.

Microsoft mengatakan melalui penggunaan UUP ini, ia akan membolehkan mengurangkan saiz muat-turun sehingga 35% untuk pengguna PC apabila beralih dari satu versi Windows 10 ke yang seterusnya.

Microsoft akan memulakan ujian pengenalan untuk UUP ini melalui pengguna Windows Insiders, dan akan melaksanakan penggunaannya melalui Windows 10 Creators Update yang akan hadir pada awal 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Saiz Kemaskini Utama Windows 10 Akan Lebih Kecil Selepas Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info