Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Project VoCo – “Photoshop Untuk Audio” Yang Membolehkan Audio Percakapan Dimanipulasi

Setiap tahun terdapat banyak fitnah terhasil dan diviralkan di media sosial. Yang sering kita lihat ialah gambar status media sosial berbaur menghina atau menghasut yang dikatakan dihantar oleh ahli politik tertentu. Majoriti fitnah dalam bentuk gambar ini dihasilkan dengan menggunakan program Adobe Photoshop. Di acara Adobe MAX yang sedang berlangsung sekarang, mereka memperlihatkan demo “Photoshop” untuk audio yang diberia nama Project VoCo.

project-voco-1Dengan menganalisa suara individu tertentu, Project VoCo boleh menghasilkan audio percakapan dengan menaik apa sahaja perkataan yang dikehendaki. Program ini dihasilkan bagi membolehkan suntingan audio dilakukan sekiranya tersalah cakap ketika merakam video misalnya. Tetapi seperti apa yang kita lihat berlalu kepada Photoshop, program ini mempunyai potensi boleh disalahguna untuk memusnahkan reputasi orang lain. Buat masa ini Project VoCo masih lagi di tahap ujian.

Menurut Adobe, Project VoCo memerlukan sampel audio percakapan selama 20 minit untuk dianalisa sebelum ia boleh menghasilkan audio yang dimanipulasi. Di dalam dunia di mana kita sering memuat naik video ke laman media sosial, bayangkan betapa mudahnya sampel suara boleh diambil.

Haruskah program suntingan audio Project VoCo ini dihasilkan? Dari pandangan teknologi ia amat amat berguna bagi kami kerana bosan terpaksa merakam semula audio yang tersilap setiap kali mengambil video. Pada pandangan moral pula tidak mengejutkan jika pelbagai skandal baru boleh terhasil apabila ucapan dimanipulasi untuk mengeluarkan kenyataan yang sensitif. Seperti kuotasi terkenal seorang hakim suatu masa dahulu “muka macam saya, suara macam saya tapi bukan saya”.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Project VoCo – “Photoshop Untuk Audio” Yang Membolehkan Audio Percakapan Dimanipulasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info