Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mimi Et Moi – Kasut Wanita Modular Dengan Ketinggian Tapak Boleh Diubah Dengan Pantas

Bekas Wanita Pertama Filipina Imelda Marcos terkenal dengan koleksi ribuan kasut yang dibeli menggunakan wang rakyat. Selepas diktator Marcos digulingkan, koleksi kasut beliau dipamerkan sebagai tontonan kepada pembaziran yang berlaku di bawah pemerintahan beliau. Secara purata seorang wanita mempunyai 20 pasang kasut dengan hanya 9 digunakan dengan kerap. Kasut dengan ketinggian dan rekaan berbeza perlu bagi memadankannya dengan busana yang dipakai.
mimi-et-moi-2

Mimi Et Moi ialah kasut modular yang boleh berubah menjadi lima kasut berbeza dengan pelbagai ketinggian. Tapak kasut boleh ditanggalkan dengan pantas mengikut keperluan. Oleh itu masalah kekurangan ruang simpanan kasut di rumah (dan di dalam kereta) dapat dikurangkan. Tapak kasut tambahan juga boleh disimpan di dalam beg tangan kerana saiznya yang kompak. Sepasang kasut modular dengan lima tapak berbeza dijual pada harga bermula €175 (~RM 818).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mimi Et Moi – Kasut Wanita Modular Dengan Ketinggian Tapak Boleh Diubah Dengan Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info