Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Solitaire Collection Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android

Solitaire merupakan salah satu permainan popular pada sistem operasi Windows, dimana sering dimainkan pengguna sejak beberapa versi Windows lama. Ia masih kekal sehingga hari ini, dan kini Microsoft sendiri menawarkan permainan Microsoft Solitaire Collection untuk para pengguna peranti Android dan juga iOS.

Solitaire

Melalui Microsoft Solitaire Collection, ia turut menawarkan permainan tambahan seperti Spider Solitaire, FreeCell, Tripeaks dan juga Pyramid. Microsoft menawarkan ia secara percuma, dan turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Permainan ini juga turut mengintegrasikan sokongan Xbox Lice bagi membolehkan anda melihat pelbagai pencapaian anda dan bersaing dengan rakan-rakan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan yang sedia terdapat pada Windows 10 ini ke peranti Android dan iOS anda.

Muat-Turun Microsoft Solitaire Collection untuk Android

Muat-Turun Microsoft Solitaire Collection untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Solitaire Collection Kini Ditawarkan Untuk Peranti iOS Dan Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info