Di pasaran tempatan, pengguna dihidangkan dengan pelbagai pilihan untuk melanggan pelan internet, baik pelan data yang hadir menerusi syarikat telekomunikasi, mahupun pelan internet yang disediakan oleh pihak berwajib. Dalam membuat pilihan sebegini, pelbagai faktor perlu diambil kira. Sesetengah pelan dianggap mahal namun menawarkan kualiti capaian yang baik, sesetengah pula menawarkan kelajuan yang tinggi pada harga yang berbaloi namun kawasan liputannya pula terhad.
webe merupakan pesaing baru di dalam arena ini dan mereka hanya memerlukan tiga sebab bagi membuatkan anda menamatkan kontrak talian telekomunikasi anda yang sedia ada, dan berubah menjadi pelanggan mereka.
Penggunaan Data Internet Yang Tidak Terhad
Data boleh diumpamakan seperti jiwa kepada peranti. Jika ketahanan bateri adalah ‘nyawa’ setiap peranti pintar, tanpa ‘jiwa’ iaitu data internet, maka tiadalah ertinya peranti pintar anda. Lebih baik anda membeli telefon biasa, cukup sekadar untuk berkomunikasi pada tahap asas. Lebih baik anda lupakan aplikasi-aplikasi terkini yang boleh memudahkan kehidupan seharian.
Namun anda tidak ingin ketinggalan, tetapi ruang di mana anda mampu menggunakan internet hanyalah terhad sewaktu berada di rumah atau di pejabat, kerana anda bergantung kepada capaian internet di tempat-tempat tersebut. Atau mungkin apabila anda pergi ke pusat membeli-belah atau restoran, anda sentiasa perlu mencari sambungan WiFi atau meminta kata laluan daripada pelayan restoran tersebut.
Kebergantungan ini sudah semestinya menghambat kebebasan anda, di mana faktor-faktor sebegini membuatkan anda perlu mengehadkan aktiviti dan tidak dapat mendengar lagu dari Spotify mahupun menstrim video YouTube sewaktu berada di luar rumah dan pejabat.
Satu lagi faktor yang mungkin mengganggu aktiviti anda ialah had penggunaan data. Syarikat telekomunikasi meletakkan kuota data, beserta had penggunaan. Sekiranya penggunaan anda melangkaui had tersebut, sama ada anda terus tidak dapat menggunakan data, atau kelajuan anda dihadkan, dan sekali lagi perkara sebegini mengekang penggunaan internet anda.
Terdapat satu lagi corak penawaran yang semakin popular di kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka menawarkan penggunaan data yang berbeza pada hari dan tempoh tertentu, seperti pada hujung minggu atau sewaktu malam ketika pengguna biasanya tidur berehat. Bukankah itu satu bentuk sekatan yang dikenakan terhadap pengguna? Secara semulajadi, waktu malam digunakan untuk berehat dan sesetengah penawaran yang memaksa pengguna bersengkang mata bagi menonton rancangan kegemaran supaya data yang digunakan tidak dikira di dalam kuota bulanan adalah sangat tidak mesra pengguna.
Dengan pelan webe, kesemua masalah di atas dapat dielakkan, malah memberi lebih manfaat dalam penggunaan internet anda. Sewaktu anda berada di dalam LRT, anda dapat menonton rancangan kegemaran anda, semasa anda menunggu rakan anda, waktu yang terluang dapat digunakan untuk menonton video berfaedah kegemaran anda dan sebagainya. Selain itu, sekiranya anda menggunakan telefon tertentu yang tersenarai sebagai peranti berkelajuan tinggi oleh webe, sudah tentu anda dapat menikmati pengalaman menggunakan internet yang tidak tertanding.
Penggunaan SMS Dan Panggilan Tanpa Had
Meskipun ramai pengguna telah mengikuti peredaran zaman, ditambah dengan kemajuan teknologi yang membolehkan pengguna berhubung menerusi cara baru, seperti melakukan panggilan menerusi Facebook atau Whatsapp, cara terdahulu masih boleh digunapakai dan masih boleh diharapkan. Penggunaan panggilan telefon dan SMS masih kerap dipilih oleh ramai pengguna berikutan mudahnya sistem tersebut.
Jika pelan-pelan syarikat telekomunikasi yang lain mempunyai pelbagai terma dan syarat, penawaran panggilan dan SMS dari webe cukup mudah. Sesetengah syarikat telekomunikasi menetapkan kadar yang tertentu untuk panggilan dan SMS untuk talian yang berbeza, namun bagi pelanggan webe, tiada had bagi mereka untuk menghubungi sesiapa sahaja walau apa jua talian yang digunakan.
Penggunaan Bulanan Hanyalah Sekadar RM 79 Sebulan
Dengan sebab-sebab di atas, penggunaan internet serta SMS dan panggilan tanpa had dari webe hanya memerlukan pelanggan membayar sebanyak RM 79 sebulan (harga sebelum GST). Dan ini merupakan promosi terhad bermula bulan ini di mana pelanggan baharu tidak perlu mempunyai akaun P1 atau TM, dan juga tidak memerlukan pelanggan menggunakan peranti tertentu, seperti syarat mereka sebelum ini.
Dengan tiga sebab di atas, ianya cukup untuk membuatkan anda berfikir sejenak, jumlah wang yang anda boleh jimat sekiranya anda beralih kepada menggunakan webe sebagai talian utama anda. Harga langganan yang ditawarkan adalah selama-lamanya buat pelanggan yang telah melanggannya. Memandangkan promosi ini tidak dinyatakan tarikh tutupnya, mungkin ada baiknya anda tidak melepaskan peluang ini sebelum ia tamat. Pisang tidak akan berbuah dua kali.
Daftar: Pelan webe (untuk masa terhad)
Penafian: Advertorial dari webe
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kenapa Anda Perlu Beralih Ke webe Sekarang"