Google (atau kini dikenali sebagai Alphabet) mempunyai bahagian khusus dinamakan Verily yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi dan sains yang membantu dalam menambah-baik kualiti hidup pengguna. Antara projek yang sedang dibangunkan adalah termasuk nanozarah yang boleh mengenal-pasti kanser dengan lebih awal, peranti yang boleh menambah-baik penglihatan, serta kanta lekap pintar.
Projek kanta lekap pintar daripada Google telah diumumkan pada awal 2014, dan ketika itu mereka menyasarkan untuk mengujinya pada manusia sekitar 2016 ini. Namun, kini ia ditangguhkan dan tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan mengujinya dalam dunia sebenar.
Melalui kanta lekap pintar, Google mempunyai beberapa perancangan. Salah satunya adalah kebolehan untuk autofokus dan menawarkan penglihatan yang lebih baik kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan – dan satu lagi adalah kanta lekap pintar yang boleh mengenal pasti kadar diabetes pada manusia.
Google tidak memberikan sebarang latar masa berkenaan bilakah ia akan diuji. Namun, mereka menekankan yang mana proses ini adalah agak teknikal dan sukar, dan mereka sedang mempelajari pelbagai perkara baru ketika dalam pembangunan kanta lekap pintar ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kanta Lekap Pintar Daripada Google Tidak Akan Diuji Pada Tahun Ini"