Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Menubuhkan Bahagian Khusus Memfokuskan Kepada Kenderaan Autonomi

Intel sebelum ini sedia bekerjasama dengan beberapa pihak dalam membangunkan kenderaan autonomi yang boleh bergerak sendiri tanpa kawalan daripada manusia. Kini, dalam usaha memberikan lebih fokus terhadap arena berkenaan, Intel telah pun menubuhkan sebuah pasukan khusus, dinamakan sebagai Autonomous Driving Group.

Intel Autonomi

Bahagian ini akan diketuai oleh ketua bahagian IoT sebelum ini, iaitu Doug Davis. Perkembangan kenderaan autonomi membuatkan pelbagai pihak memerlukan teknologi yang mampu menguasakannya – termasuk dari segi integrasi pelbagai sensor dan juga pembelajaran mesin.

Buat masa ini, antara nama yang turut memfokuskan dalam arena autonomi sama adalah termasuk NVIDIA, selain MediaTek yang turut mengumumkan perancangan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Intel Menubuhkan Bahagian Khusus Memfokuskan Kepada Kenderaan Autonomi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info