Sembang Maniac

Sembang-sembang je

F-Secure Memperkenalkan AdBlocker Untuk iOS – Memudahkan Menghalang Iklan Yang Menganggu

F-Secure, salah satu syarikat yang terkenal dalam arena sekuriti dan privasi, hari ini telah memperkenalkan salah satu aplikasi baru mereka untuk pengguna iOS, memfokuskan kepada menghalan paparan iklan pada pelayar web Safari di peranti iPhone dan iPad.

Dinamakan sebagai F-Secure AdBlocker, ia ditawarkan secara percuma dan bertujuan untuk menghalang pemantauan daripada pihak ketiga, selain pada masa yang sama menghalang paparan iklan yang menganggu pengguna.

F-Secure Adblocker

F-Secure AdBlocker menggunakan senarai yang diuruskan mereka tersendiri dalam memastikan apakah yang perlu dihalang dan sebaliknya.

F-Secure turut mengatakan dengan aplikasi ini, pelayaran web oleh pengguna juga akan lebih pantas, selain mengurangkan kadar penggunaan bateri berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun F-Secure AdBlocker ini pada iPhone atau iPad anda. Anda perlu memastikan menggunakan sistem operasi iOS9 dan terkini untuk menggunakannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "F-Secure Memperkenalkan AdBlocker Untuk iOS – Memudahkan Menghalang Iklan Yang Menganggu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info