Huawei baru sahaja memperkenalkan EMUI 5.0 bersama-sama dengan Huawei Mate 9 baru. Bergerak pantas, kini Huawei turut telah membuka pendaftaran minat bagi para pengguna Huawei P9 yang ingin menguji EMUI 5.0 versi beta.
Seperti sedia maklum, EMUI 5.0 hadir dengan Android 7.0 Nougat – serta menyertakan beberapa perkara baru. Paling menjadi fokus utama adalah sokongan kecerdasan pintar yang diintegrasikan pada EMUI 5.0, membolehkan sistem operasi berkenaan dioptimasikan dan kekal berfungsi dengan pantas walaupun selepas beberapa bulan.
Bagi anda yang menggunakan Huawei P9, anda boleh mendaftarkan minat untuk menyertai ujian beta ini, dan menjadi terawal menggunakan Android 7.0 Nougat pada telefon pintar Huawei P9 anda.
Daftar – Huawei P9 EMUI 5.0 Beta
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mula Mencari Pengguna Huawei P9 Yang Ingin Menguji Android 7.0 Nougat Dengan EMUI 5.0"