HTC Bolt telah tertiris sebelum ini, dan hari ini pengeluar terkemuka dari Taiwan berkenaan telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka secara rasminya. Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.
HTC Bolt hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan Quad HD, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, dan memori 3GB RAM. Pada bahagian kamera pula, ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini pula adalah bateri 3200mAh dengan sokongan QuickCharge 2.0.
Dari segi rekaan, ia menggunakan binaan berasaskan logam, dilengkapi port USB-C, serta tidak lagi menyertakan bicu audio 3.5mm. Peranti ini turut menyertakan sokongan kalis-air – lebih kurang seperti keluarga Butterfly daripada HTC. HTC Bolt juga dilengkapi sistem operasi Android 7.0 dengan antaramuka HTC Sense.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dipasarkan di luar Amerika Syarikat ataupun sebaliknya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Bolt Diperkenalkan Secara Rasmi – Tanpa Bicu Audio, Menyertakan Sokongan Kalis Air"