Katsana, salah satu syarikat yang mengumpulkan pelbagai data berkenaan dengan pemanduan di Malaysia, terkini turut telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai DriveMark.
DriveMark ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini.
Melalui DriveMark, ia menggunakan sokongan sensor dan GPS pada telefon untuk mengenal-pasti gerakan. Apa yang menariknya, selain kebolehan untuk memantau kelajuan gerakan, ia juga membolehkan anda mengetahui pelbagai kelakuan seperti sekiranya anda menekan brek dengan kuat, melangkaui had laju, mengambil lencongan tajam dan sebagainya.
Segala data juga disimpan pada telefon bagi membolehkan anda melihat gaya pemanduan anda dari hari ke hari, selain melihat skor pemanduan anda.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi DriveMark ini secara percuma dari AppStore hari ini.
Muat-Turun DriveMark untuk iPhone
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi DriveMark Mengumpulkan Data Dan Menilai Gaya Pemanduan Anda"