Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hartawan Jack Ma Disahkan Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia

Hartawan terkemuka dan pengasas Ali Baba Jack Ma kini disahkan sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia. Pelantikan beliau disahkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika melancarkan astaka Alitrip Pelancongan Malaysia di China World Hotel sebentar tadi.

jack-maPelantikan beliau diharap dapat memberikan suntikan kepada e-ekonomi negara sekaligus menjadi mangkin kepada pembangunan industri e-dagang Malaysia. Beliau akan bertanggungjawab memberikan pendapat mengenai hala tuju ekonomi digital negara untuk masa mengharungi cabaran masa hadapan. Beliau turut disahkan akan hadir ke Forum Transformasi Global Malaysia bagi melancarkan Digital Free Zone negara pada Mac 2017.

Tahniah atas pelantikan beliau. Semoga idea pembangunan e-ekonomi ini akan dipandang lebih serius berbanding MSC yang kini seakan-akan dilupakan selepas dilancarkan dengan kehadiran Bill Gates suatu ketika dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hartawan Jack Ma Disahkan Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info