Selepas hampir 6 tahun filem animasi pertama keluaran Les’ Copaque iaitu Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, kini mereka dengan rasminya mengumumkan yang filem kedua mereka iaitu Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 November ini.
Filem terbaru mereka ini menggabungkan watak animasi popular tersebut dengan pelakon sebenar. Watak Upin-Ipin secara 3D telah digabungkan dengan dunia dan lakonan sebenar. Secara kasarnya ia berkisar mengenai dugaan yang dihadapi oleh penghuni anak yatim apabila rumah dan tanah yang diduduki mereka bakal dijual. Filem ini juga menggabungkan pelakon ternama antaranya Awie, Remy Ishak, Sara Ali dan lain-lain.
Filem yang dihasilkan dengan kerjasama Les’ Copaque dan KRU Productions ini adalah sesuai ditonton untuk semua lapisan umur dan pada ruang kredit filem ini terdapat sedikit sedutan mengenai filem animasi penuh Upin & Ipin yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Terdapat juga aplikasi iOS yang direka khusus untuk mempromosikan filem ini, dimana pengguna boleh berjoget bersama Upin & Ipin.
Muat-turun: Aplikasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng (iOS)
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! Akan Ditayangkan Bermula 24 November Ini"