Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Born to Fly Baby – Bagasi Dengan Kerusi Sorong Bayi Terbina

Saya mempunyai seorang anak kecil berusia dua tahun. Setiap hari bekerja saya perlu mengangkut kereta sorong, beg barangan bayi dan beg kerja. Ini bukanlah tugas mudah kerana kekurangan tangan dan melayan anak yang kadang kala tidak memberikan kerjasama. Proses di atas menjadi semakin rumit apabila perlu menaiki pesawat. Pemeriksaan keselamatan memerlukan kereta sorong diimbas dan sebelum memasuki pesawat kereta sorong disimpan di ruang kargo.

born-to-fly-baby-2

Born To Fly Baby ialah bagasi dengan kerusi sorong bayi terbina. Dengan ini ibu bapa hanya perlu membawa satu barang sahaja dan bukannya dua barang berbeza apabila perlu ke lapangan terbang. Ia mempunyai ruang biasa untuk pakaian. Kerusi bayi terbina boleh dilipat dan ditutup dengan pantas apabila tidak diperlukan. Ia turut boleh berubah menjadi meja menukar lampin serta ruang secukupnya untuk lampin terbuang.

Terbaik sekali berat kerusi bayi terbina ini hanya satu kilogram dan tidak terlalu berat. Ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat dan tiada lagi keperluan menanti ia dikeluarkan dari ruangan kargo selepas tiba di destinasi. Born To Fly Baby dijual pada harga AUD 379 (~RM 1224) dan boleh dipesan melalui Kickstarter.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Born to Fly Baby – Bagasi Dengan Kerusi Sorong Bayi Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info