Pada acara ucaptama AWS re:Invent 2016, Andy Jassy, CEO AWS telah berkongsi mengenai teknologi terbaru yang tersedia pada perkhidmatan perkomputeran awan mereka. Untuk Compute, sejumlah 7 perkhidmatan baru tersedia untuk digunakan oleh pengguna seawal hari ini.
T2 Yang Lebih Besar
Komponen T2 kini telah ditambah pilihan kapasitinya, membolehkan lebih banyak memori tersedia untuk digunakan dan juga dengan cip pemprosesan maya yang lebih banyak bagi menampung keperluan pengguna. Malah terdapat pilihan 4 vCPU (virtual CPU) dan juga 8 vCPU.
R4 Pada Skala Perusahaan
Berbeza dengan T2, pilihan R4 adalah lebih disasarkan kepada perusahaan, dan menggunakan kapasiti yang jauh lebih banyak. Untuk R4 yang terbaru, ia mempunyai 488GiB, menggunakan RAM DDR4, dan 64 vCPU.
C5
Jika anda lebih memerlukan pelayan tahap perusahaan (Enterprise class) anda pastinya memerlukan pemproses Intel Xeon. C5 merupakan pilihan terbaru dengan 72 vCPU dan 12Gbps-to-EBS dan juga menggunakan cip Skylake. Perkhidmatan ini akan diwujudkan pada awal 2017.
I3
Bagi perkhidmatan yang menggunakan banyak transaksi I/O (input-output), I3 merupakan variasi terbaru yang boleh menghantar 3.3 juta transaksi per-saat pada saiz 4KB setiap blok.
F1
Kebiasaannya sesuatu pemprosesan yang menggunakan hardware acceleration menggunakan kos yang tinggi, yang mungkin tidak mampu dimiliki lebih-lebih jagi jika startup anda baru sahaja bermula. F1 Instances yang boleh digunakan pada EC2 boleh diprogramkan mengikut kehendak pengaturcara, dalam melakukan pelbagai operasi. Sekiranya seseorang ingin menjalankan proses video encoding, maka instance F1 ini sesuai untuk anda.
Elastic GPU For EC2
Jika anda biasa dengan Elastic, kini pilihan terbaru perkhidmatan tersebut adalah Elastic GPU dengan hardware acceleration. Dengan perkhidmatan sebegini, sekiranya anda mencipta sesuatu aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang lebih tinggi berkaitan dengan grafik atau pengimejan, Elastic GPU boleh diintegrasikan pada aplikasi anda.
Amazon Lightsail
Jika anda ingin menjalankan Virtual Private Server menggunakan AWS, kini mereka menyediakan Amazon Lightsail. Malah bayarannya pula hanyalah serendah 5 USD sebulan, dan membolehkan pengguna mencuba sesuatu.
Dengan ketujuh-tujuh fungsi baru ini, lebih banyak pilihan yang tersedia untuk pengguna melakukan pelbagai pemprosesan mengikut keperluan projek. Seperti perkhidmatan AWS yang lain, ia ditawarkan pada harga yang berkadaran, sekaligus membolehkan startup mencubanya dengan pantas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "AWS re:Invent 2016 – 7 Perkhidmatan Baru Dilancarkan Untuk AWS Compute"