Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Merancang Untuk Memasuki Asia Tenggara – Bermula Dengan Singapura Pada Awal 2017

Amazon merupakan salah satu laman e-dagang yang popular, dan ditawarkan secara rasmi di beberapa negara. Sehingga kini, pengguna tempatan yang ingin membeli produk di Amazon perlu melalui beberapa kaedah berbeza, termasuk menggunakan penghantaran ke alamat di Amerika Syarikat, dan ia dihantar ke alamat ke Malaysia.

Perkara ini mungkin dapat diatasi tidak lama lagi. Amazon kini diperkatakan dalam perancangan untuk memasuki pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi. Pelancaran ini akan dimulakan dengan Singapura pada awal 2017 kelak.

Perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan di rantau Asia Tenggara ini mungkin dinantikan ramai, apatah lagi dengan lebih 600 juta pelanggan di rantau ini. Jual-beli atas talian juga sedang meningkat dari hari ke hari. Buat masa ini, salah satu jenama popular dalam arena e-dagang di rantau ini adalah Lazada yang telah dimiliki oleh Alibaba.

Amazon LOGO

Amazon sendiri dilihat telah bersedia dengan perancangan ke rantau Asia Tenggara untuk sekian lama. Sebagai contoh, domain Amazon.my membawa pengguna ke laman Amazon.com. Amazon juga sebelum ini telah dikatakan dalam perbincangan mengambil-alih Redmart. Tetapi perkara berkenaan seperti tidak berlaku, dan kini Redmart dikatakan dalam perbincangan dengan Lazada.

Di Singapura kelak, Amazon dijangka memperkenalkan perkhidmatan Amazon Prime dan juga penghantaran barangan runcit dinamakan Amazon Fresh. Berkemungkinan sekiranya ia di lancarkan kelak di Singapura, kita mungkin melihat ia diperluaskan ke Malaysia dalam beberapa bulan selepasnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Merancang Untuk Memasuki Asia Tenggara – Bermula Dengan Singapura Pada Awal 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info