Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adobe Project Nimbus Dalam Bentuk Beta Pada 2017 – Penyunting Gambar Dengan Integrasi Awan

Adobe mempunyai sejumlah penawaran perisian penyuntingan gambar, dan terkini pada Adobe Max, mereka turut memperkenalkan satu lagi perisian baru yang dikenali dengan nama Project Nimbus.

Project Nimbus, secara ringkasnya adalah salah satu perkhidmatan penyuntingan gambar berasaskan awan dan menggunakan kuasa Lightroom sebagai teras utamanya.

Project Nimbus

Melalui Project Nimbus ini, Adobe memudahkan lagi penyuntingan gambar yang dirakamkan. Secara kasar, boleh dikatakan seperti versi Lightroom yang dioptimasikan untuk pengguna umum.

Perisian ini turut hadir dengan integrasi pembelajaran pintar untuk mengenal-pasti sesuatu gambar, dan memudahkan proses carian gambar dalam simpanan anda.

Project Nimbus

Disamping itu, dengan integrasi awan, pengguna dengan mudah boleh membuat penyuntingan asas menggunakan Project Nimbus, dan menyambungnya pada sebarang perisian atau peranti mereka yang lain.

Adobe mengatakan mereka akan menawarkan Project Nimbus dalam bentuk beta pada 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Adobe Project Nimbus Dalam Bentuk Beta Pada 2017 – Penyunting Gambar Dengan Integrasi Awan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info