Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi 5 – Kini Bermula RM1399

Xiaomi telah menawarkan Xiaomi Mi 5 sejak bulan Jun yang lepas, dimana ketika ia ditawarkan, Xiaomi memasarkannya pada harga RM1549. Kini, selepas beberapa bulan, pihak Xiaomi mengemaskini harga jualan peranti berkenaan, dan kini ia dijual pada harga RM1399.

Xiaomi Mi 5

Xiaomi Mi 5 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada Xiaomi, hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dan dilengkapi kamera belakang 16-megapiel 4-axis.

Berkemungkinan pihak Xiaomi mengemaskini harga jualan peranti ini disebabkan oleh pengenalan Mi 5S tempoh hari. Apa pun, dengan harga serendah ini, mungkin ini adalah peranti Snapdragon 820 yang kompetitif di pasaran pada hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi 5 – Kini Bermula RM1399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info