Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi PC Minimum Untuk COD Modern Warfare Remastered Diumumkan

Tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum permainan COD Infinite Warfare akan menemui peminat. Bersama dengan permainan ini ialah COD Modern Warfare Remastered dengan penaiktarafan grafik. Kepada yang merindui Soap MacTavish dan rakan-rakan, permainan ini akan mengembalikan nostalgia permainan yang dilancarkan sembilan tahun yang lalu.

COD-modern-Warfare-4

Spesifikasi minimum untuk PC bagi permainan ini baru sahaja diumumkan dan nampaknya tidak terlalu membunuh jika dibandingkan dengan keperluan untuk Infinite Warfare. Kad grafik GeForce GTS 450 yang sudah berusia enam tahun masih boleh digunakan. Sudahkan anda bersedia dengan baju Ghillie dan War Pigs?

Spesifikasi COD Modern Warfare Remastered
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3-530 @ 2.93 GHz

AMD Phenom II X4 810 @ 2.80 GHz

Pemproses Disarankan Belum Diumumkan
Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTS 450 @ 1 GB / ATI Radeon HD 7850 @ 1 GB
Kad Grafik Disarankan Belum Diumumkan
RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan Belum Diumumkan
Ruang Pemasangan 55 GB
Sistem Operasi Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Minimum Untuk COD Modern Warfare Remastered Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info