Berita yang tidak mengejutkan pagi ini. Laman berita Yonhap News Agency melaporkan Samsung akan menghentikan pengeluaran Note 7. Tindakan ini diambil selepas tiga peranti gantian yang sepatutnya selamat meletup minggu lalu. Kes terkini melibatkan seorang pengguna di Taiwan di mana peranti meletup di dalam poket ketika ia tidak dicas. Sebelum ini kami turut melaporkan Note 7 meletup di dalam kocek penumpang sebuah pesawat di Amerika Syarikat.
Kesemua masalah peranti meletup sebelum ini berlaku ketika peranti sedang dicas. Masalah letupan baru ini masih belum diketahui sebabnya. Samsung telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang melakukan siasatan penuh terhadap insiden terkini.
Berita sedang dikemaskini
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran Note 7 Untuk Sementara Waktu"