Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei G8 Diperkenalkan Dengan Skrin 5.5-inci Dan Pengimbas Cap Jari

Disamping memperkenalkan telefon pintar premium Huawei Mate S, pihak Huawei turut mengambil kesempatan untuk melancarkan salah satu peranti berspesifikasi pertengahan mereka, iaitu Huawei G8.

Huawei G8 membawakan saiz skrin yang sama seperti Mate S – iaitu 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 615, dan dilengkapi memori 3GB RAM. Ia turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-megapixel.

Huawei G8

Huawei mengatakan ia turut menggunakan kaca Gorilla 2.5D, selain turut menawarkan sokongan OIS pada kamera. Mod rakaman gambar makanan yang terdapat pada Honor 7 turut disertakan pada Huawei G8 ini.

Pihak Huawei turut menekankan kepada sokongan pengimbas cap jari, dan turut menyertakan ia pada peranti Huawei G8 ini.

Huawei akan mula memasarkan Huawei G8 ini bermula bulan September ini, dan seperti biasa, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menerimanya.

Huawei G8



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei G8 Diperkenalkan Dengan Skrin 5.5-inci Dan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info