Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemproses MediaTek Helio P15 Dilancarkan

Pernah suatu ketika pemproses keluaran MediaTek dipandang serong kerana dikatakan kurang berkuasa. Hanya beberapa pengeluar peranti amat mampu milik menggunakannya. Kini situasi berubah dengan Sony dan khabarnya Samsung turut akan menghasilkan peranti keluaran MediaTek. Terkini mereka melancarkan pemproses lapan teras Helio P15.

Pemproses ini dilengkapi lapan teras pada kelajuan 2.2 GHz dan cip grafik Mali-T860 pada kelajuan 800 MHz. Ini adalah peningkatan kecil berbanding pemproses lapan teras Helio P10 dengan kelajuan 2.0 GHz dan cip grafik Mali-T860 pada kelajuan 700 MHz. Pemproses ini dihasilkan menggunakan teknologi 28 nm digunakan. Menurut MediaTek, Helio P15 membawakan peningkatan kuasa memproses sebanyak 10% dan lebih menjimatkan penggunaan bateri. Buat masa ini pengumuman peranti baru yang akan menggunakan pemproses ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pemproses MediaTek Helio P15 Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info