Blackberry DTEK60 sudah diumumkan dan ia merupakan sebuah peranti utama yang cukup berkuasa. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.5″ QHD dan diperkasakan pemproses Snapdragon 820. Harga jualannya dijangka kurang mampu milik. Bagi peminat BB yang menantikan peranti lebih mampu milik mereka perlu menantikan kemunculan Blackberry Mercury. Markah penanda aras untuk peranti ini tertiris dan mengesahkan ia menggunakan pemproses Snapdragon 625.
Spesifikasi lain yang kini diketahui ialah ia dilengkapi skrin 4.5″ 720P, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 18-Megapixel dan kamera selfie 8-Megapixel. Ia bakal menggunakan Android 7.0 Nougat dan dipercayai menggunakan bateri sebesar 3400 mAh. Blackerry Mercury bakal dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Markah Penanda Aras Blackberry Mercury Tertiris – Diperkasakan Snapdragon 625"