Peranti Oppo R9S kini menerima tarikh pelancaran rasmi. Ia akan dilancarkan di China pada 19 Oktober hadapan. Peranti gantian untuk Oppo R9 (Oppo F1 Plus di Malaysia) ini dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding model terdahulu. Ia mengekalkan skrin 5.5″ AMOLED, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.
Paling menarik ialah kamera bersaiz 16-Megapixel f/1.7 pada bahagian hadapan dan belakang yang menggunakan sensor terkini sensor IMX 398. Sebagai perbandingan Sony Xperia XZ sebagai perbandingan dilengkapi sensor IMX300. Akhir sekali peranti yang mensasarkan peminat selfie ini dilengkapi bateri sebesar 3010 mAh dengan pengecasan panas SuperVOOC.
Tahun ini Oppo R9 ialah antara peranti paling mendapat sambutan di China dan meletakkan mereka sebagai pengeluar nombor satu di negara ini pada bulan Jun. Dengan model terbaru ini mereka jelas mahu meneguhkan posisi mereka di negara dengan pasaran peranti kedua terbesar di dunia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R9S Akan Dilancarkan 19 Oktober – Dilengkapi Sensor Kamera Terkini Sony"