Pada masa kini, kita telah melihat beberapa syarikat teknologi memfokuskan pembangunan kereta tersendiri, termasuk Google yang telah memperlihatkannya sebelum ini, dan Apple pula dilaporkan sedang melihat semula perancangan pembangunan kereta mereka.
Bercakap mengenai topik berkenaan, CEO Microsoft, Satya Nadella mengatakan Microsoft tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan dan mengeluarkan kereta sendiri. Sebaliknya, mereka ingin bekerjasama dengan pengeluar kenderaan dan mengintegrasikan teknologi mereka di dalamnya.
Pada masa kini, ia dikatakan sejumlah pengeluar telah sedia menggunakan Azure (perkomputeran awan Microsoft) dalam sistem mereka.
Selain perkomputeran awan, Microsoft juga turut mempunyai kerjasama dengan beberapa pengeluar dalam mengintegrasikan sistem inforia, selain teknologi kepintaran Microsoft dalam mengenal-pasti pelbagai perkara sekeliling.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Tiada Perancangan Membangunkan Kereta Sendiri"