Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Hadir Dengan Teaser Video Untuk Mate 9 – Memfokuskan Kamera, Bateri Dan Cip Pemprosesan

Huawei akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Mate 9 secara rasminya pada 3 September 2016 kelak. Bersempena dengannya, mereka kini telah hadir dengan beberapa teaser, bukan sahaja dalam bentuk gambar, tetapi juga video.

Melalui tiga video yang dikeluarkan oleh Huawei, mereka dilihat memfokuskan kepada sokongan kamera, bateri dan juga cip pemprosesan.

Daripada video Huawei, mereka seperti memberikan petanda peranti mereka akan memfokuskan kepada kebolehan mengecas dengan pantas.

Disamping itu, Huawei juga turut menekankan kepada keupayaan multi-tasking, dan pada masa yang sama boleh beroperasi dengan lebih pantas dan efisyen. Huawei Mate 9 dijangka akan dijana menggunakan cip Kirin 960.

Dan dengan kerjasama pihak Leica, Huawei turut memfokuskan kepada sokongan kamera yang cantik – dan salah seorang yang ditemuramah seperti memberikan petanda gambar yang dirakamkan boleh mesra cetakkan.

Huawei Mate 9 dijangka hadir dalam dua variasi, dan satu turut dijangka menyertakan spesifikasi yang tinggi dan turut dilengkapi sokongan skrin melengkung tepi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 3 November 2016 ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Huawei kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Hadir Dengan Teaser Video Untuk Mate 9 – Memfokuskan Kamera, Bateri Dan Cip Pemprosesan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info