Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Hadir Dengan Program Seumpama Maxis Zerolution – Peranti baru Setiap 12 Bulan

Digi hari ini dilihat telah hadir dengan sebuah pelan atau program baru yang dinamakan sebagai Digi Easy Up Program, dimana melaluinya ia membolehkan para pelanggan mereka mendapatkan sebuah peranti baru setiap 12 bulan – lebih kurang seperti Maxis Zerolution.

Digi Easy Up

Digi Easy Up ini menawarkan harga langganan tetap RM198 yang mana merupakan harga untuk peranti dan juga harga pelan. Digi menawarkan pelan data 20GB, panggilan dan SMS tanpa had, selain beberapa ciri-ciri tambahan seperti 15GB untuk penstriman muzik dan juga 100GB untuk storan awan. Namun, yang menjadi fokus utama adalah peranti baru setiap 12 bulan.

Seperti untuk Maxis, pengguna perlu memulangkan dahulu peranti lama mereka sebelum menukar kepada peranti baru. Pelan ini mungkin sesuai untuk mereka yang ingin menukar peranti setiap tahun – tanpa perlu membuat pembayaran pendahuluan yang sangat tinggi seperti sebelum-sebelum ini.

Digi Easy Up

Buat masa ini, Digi hanya menawarkan dua peranti sahaja dibawah program ini, iaitu Galaxy A7 ataupun Galaxy S7 Edge dengan penambahan bayaran RM70 setiap bulan (memerlukan anda membayar RM268 setiap bulan). Seperti biasa, sekiranya pengguna ingin menukar-ganti selepas 12 bulan, peranti mereka perlu dalam keadaan yang baik – bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Digi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak halaman Digi Easy Up hari ini dan mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Layari – Digi Easy Up Program



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Digi Hadir Dengan Program Seumpama Maxis Zerolution – Peranti baru Setiap 12 Bulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info