Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Canon Memperkenalkan MAXIFY Business Inkjet Printer – Menawarkan Pencetakan Berkualiti Tinggi Untuk Perusahaan

Bagi yang mempunyai perniagaan berskala besar, Canon turut mengumumkan MAXIFY Business Inkjet Printer untuk pasaran tempatan dengan penghasilan pencentakan berkualiti yang menetapi ISO. Ia terdiri daripada dua model untuk pencetak multi-fungsi melalui MAXIFY MB5470 dan MAXIFY MB5170, dan satu model pencetak satu-fungsi melalui MAXIFY iB4170.

Ketiga-tiga model dalam siri ini dilihat mampu mencetak sehingga 24 gambar berwarna dan kira-kira 15.5 gambar monokrom apabila dinilai daripada kiraan per minit (ipm). Pengguna juga boleh mengubah kepantasan pencetakan iaitu sehingga 32.5 helaian per minit untuk hasilan hitam dan putih serta 26.5 helaian untuk hasilan berwarna.

Menariknya, ia dilengkapi dengan teknologi Quick First Print dalam meningkatkan lagi kelajuan dan pencetakan dengan kualiti yang konsisten. Ia juga mampu menampung sehingga 500 helaian kertas untuk diletakkan pada ruangan kertas pencentak apabila pengguna memilih model MAXIFY MB5470 & iB4170. Bagi model MB 5170, ia mampu menampung sekitar 250 helaian yang dilihat memadai untuk penawaran fungsi yang sedikit bawah berbanding MAXIFY MB5470 & iB4170.

canon-dsc_3725

Canon turut membekalkan fungsi unik untuk model pencetak yang menyokong multi-fungsi seperti ID Card Copy selain menawarkan kawalan sekuriti untuk salinan fail melalui pemacu USB, email, dan rangkaian.

Namun ketiga-tiga model ini masih menawarkan sokongan Simple Network Management Protocol (SNMP) untuk pengurusan pelbagai peranti melalui perisian Canon imageWARE Enterprise Management (iWEMC) dan PrintFleet.

Kesemua model di bawah siri ini telah pun mula dijual di Malaysia yang mana membawakan harga RM606 untuk MAXIFY iB4170 dengan keupayaan satu-fungsi. Bagi model dengan multi-fungsi, ia boleh didapati pada harga RM983 untuk MAXIFY MB5170 manakala MAXIFY MB5470 ditawarkan pada harga RM1264.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Canon Memperkenalkan MAXIFY Business Inkjet Printer – Menawarkan Pencetakan Berkualiti Tinggi Untuk Perusahaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info